Thursday, December 15

eNTAH kENApA ?????

ermmmmmmmmmmmmmmmmmm...panjang kan keluhan aku...? ntah la..aku x thu apa yg aku rasa ari nie..utk 2 weeks nie..aku kejew non stop..niat nak abiskan kejew sebelum bercuti..dh terasa letih2 dan sakit2 badan..kurang rehat mungkin..bagi aku yg jarang pakai badan lasak2 nie, mmg la cepat terasa bahana nyer..he3..kelakar la plak..betul la mak aku ckp..badan aku tak kuat macam org lain..hu3..ari nie nk bangun pagi pun malas..emosi pun cam x berapa nak stabil..dah nak time period  kut..hrmmm..sejak dah kembali idup sorang nie, mcm2 kut yang aku belajar..TQ Allah coz sudi beri kesempatan untuk aku BEBAS..walau pun x sepenuhnya lagi..setelah berpijak di bumi nyata nie, baru aku sedar aku nie dh layak dipanggil JANDA...hu3..anak satu..dan untuk permulaan nie, mmg banyak cabaran yang terpaksa dilalui..rindu berjauhan dengan anak kesayangan, (Insyaallah..nanti kami akan bersatu kembali..) , menguruskan rumahtangga sendiri, dan letih melayani gangguan2 dari bekas suami..dan di samping tu..seram memikirkan dah de yang dok mengintai2 kehidupan aku...heeeee..sangat seram...perempuan dan lelaki dilahirkan saling memerlukan..tipu la kalau aku ckp aku tak sunyi dengan kehidupan aku skrg nie..sunyi...sangat sunyi dan boring...cannot wait to amek my little princes dri kampung untuk hidup ngan aku...kadang2 aku takut dengan kesunyian nie..aku takut terpesong ke laluan yang salah untuk mengisi kesunyian aku nie..mujur ade kwn2 yang sering menjadi pengingat untuk sentiasa meminta kepada Nya...sentiasa mengisi kesunyian dengan berteman dengan Nya...dan dengan manusia2 yang dok mengintai kehidupan aku sekrg nie..minta maaf la..buat masa sekrg nie..aku x sempat nak fikir nak berteman kembali..serik dan trauma mungkin..huhuhu..berilah aku bebas sementara..walaupun aku akui ade seseorang yang memang rapat dengan aku..aku faham kiasan nyer..aku faham..tapi sangat takut untuk berharap..biar la kita mcm nie dulu..aku bahagia kalau kite terus mcm nie..pintu hati memang dah terbuka untuk kamu..tapi berilah masa untuk aku izinkan kamu masuk dan stay di ctu..ekkk..jodoh di tangan Tuhan kan..tak yah susah2 nak cari..die kan datang sendiri......cuma doa aku,, moga Tuhan terus kuatkan hati aku untuk menruskan kehidupan dengan tenang, bahagiakan kehidupan aku dengan my little princes..dan jika benar ada jodoh aku dengan kamu selepas ini..peliharalah hubungan kami ke arah kebaikan dunia dan akhirat...ameeennnnnnnn,.....

Thursday, December 1

AKU PERMATA

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan
Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar
lagu nie la yg teman aku mse dlm krisis ari tu..byk yang tersirat..huhuhu..TQ ALLAH....

Wednesday, November 30

DISEMBER

ari ni belum masuk Disember lgi..he3..tpi ade harapan dan impian untuk permulaan baru Disember nie..utk org lain, Disember nie mungkin bulan penutup ..tapi bagi aku Disember adalah pembuka lembaran baru dalam hidup aku..Disember bulan untuk aku bangkit kembali dari kejatuhan...Disember bulan untuk aku bina kehidupan baru wif my little princes..Maisarah..Kemelut rumahtangga yang buat aku jatuh..kekadang terdetik perasaan utk give up dan teruskn hidup seadanyer..tapi..Alhamdulillah..Tuhan masih sayangkan aku..betul ckp orang, bila de masalah besar, kite kena byak SABAR..tapi utk melalui semua tu dengan keSABARan...fuhhh..amat la sakit..mungkin nasib aku lebih baik dari org lain, aku de sokongan famili yang kuat, sokongan kengkawan yang yang tak pernah putus..dan kemelut yang melanda tidak berpanjangan..Syukur Alhamdulillah..aku bebas..mmg saat nie aku terima hadiah yang paling besar, berkat keSABARan..dan aku doakan yang terbaik utk insan2 yang masih meneruskan perjuangan..ramai,,,sgt ramai kaum wanita yang masih berjuang..4 my little princes, kita akan lalui hidup nie ber2..ssh senang kita akan hadapi bersama..dan saat nie..masih terngiang2 kata2 ayah.."klu hang dah nekad  nak buat keputusan camnie, buat sampai abis, jgn buat sekerat2"..sesungguhnya ayat tu yg aku pegang smpai sekarang..erti NEKAD..semoga perjalanan kehidupan aku yang akan datang akan lebih baik..perjalanan mencari BAHAGIA....

Tuesday, November 1

NOVEMBER

dah berganti bulan pun...tabah mengharungi liku liku perjalanan kehidupan..sungguh..bru faham apa itu LIKU LIKU KEHIDUPAN...mmg berliku pun..haissh..pagi nie kat atas bas, dgr lagu Alyah, Kisah Hati..tetiba teringat Maisarah..teringat pada ari sabar aku ade kt kemuncak..aku bawa sarah blik kg naik bas..dengan kesihatan yang tak mengizinkan..teringat saat aku tarik tangan sarah ke tandas sbb aku dah x tahan nak termuntah..teringat bila sarah mintak nak beli mcm2 kat deretan kedai2..dan aku tak hiraukan..cuma aku ckp.."nanti sampai kg, ibu beli, kita pergi kedai ngan wan"..cian adik..tpi masa tu aku tgh berserabut..dalam kepala otak aku, cuma nak cepat smpi kg..nk tgk muka mak ayah aku..famili aku..itu jer yang buat aku kuat...mood time 2..sangat la sedih dan lemah..Alhamdulillah..aku dikurniakan puteri yang kuat..sampai di kg..puteri aku masih tersenyum..apatah lagi disambut sepupu2 yang sebaya..terus bermain..wlaupun sebelum tu, rasa nyer dah lebih sebulan aku dan dia hidup dalam keadaan yang tak menentu..makan tak menentu...tapi adik kuat..mcm ibu..tapi sekuat kuat aku, bila tgk muka mak , jatuh juga aku..aku menangis..mak juga menangis..rupa nyer menangis tu boleh melepaskan segala nya..terasa ringan dada aku..terasa mcm sume nyer dah selamat..tapi sebenar nyer , itu lah detik permulaan nya..detik mula yang aku masih tunggu pengakhirannya...n saat nie aku benar2 rindukan gelak tawa puteri aku, maisarah..sabar anak ibu, ibu akan usahakan agar kita berdua bersatu kembali..kita ber2...HANYA KITA BERDUA...

Saturday, October 29

my weekend

ari nie 29 hb Oktober 2011..dh ujung bulan dah..ari nie baru lah aku sedar yang aku banyak habiskan masa dlm bulan Oktober nie dengan bekerja..overtime bagai..tu pun trsedar bila nak bangun pagi..badan rasa letih..cian badan..bukan aku tak nak rehat kan kau..tapi kalau aku rehat kan kau, kepala otak aku kusut..dh sejak azali aku nie seorang yang suka berfikir..thinking & thinking..non stop..sebab tu aku buat keputusan sibukkan diri dgn bekerja..bila aku kat opis aku relax..stress keja bantu aku lupakan stress peribadi..mungkin hujung minggu aku yang akan datang pun mcm nie gak..selagi aku home alone..selagi aku sendiri..susah rupanyer hidup sendiri..tambah bila ada si kecik yang aku rindui..klu dekat2 x der nyer aku overtime..jauh..3g jer yg boleh klu nak lepas rindu.kekadang fikir, sedih dgn nasib diri..ermmm..mungkin aku masih dalam proses nak sesuaikan diri..orang lain boleh jer home alone,, aku tengok hepi jer..entah lah..pasrah, redha..itu je yang ada dlm kepala otak sekarang..

Friday, October 28

Assalamualaikum w.b.t..

4 the first entry..tiada yang indah..sebelum nie aku menulis di blog berkongsi detik2 indah dalam kehidupan seharian..sekarang, tiada lagi yang indah2 untuk diceritakan..aku create new blog untuk aku luahkan , at least sedikit keresahan aku kat blog nie..buat seorang yang sangat suka menulis..nie la cara nya untuk menghilangkan stress, sakit hati , geram dan mcm2 lagi..agak nya apa yang terlintas di fikiran bila kita sebut tentang PENCERAIAN..sedih kan..tapi untuk keadaan yang luar biasa, PENCERAIAN adalah yang terbaik..x mudah untuk seorang isteri minta untuk berpisah..setelah berulang kali, berfikir dan berfikir..this is a last choice..buat apa nak jadi penunggu setia pada rumahtangga yang kosong..zero..tiada kemanisan, tiada keindahan..tiada kemesraan..hanya bertahan melalui perjalanan hidup yang tiada apa2..akan terasa sia sia hidup..hidup cuma sekali..semua orang nak hidup bahagia..tapi klu dah dicuba, tiada juga bahagia..tiada guna setia..setia pada yang sia sia..undur diri mungkin jalan yang terbaik..mungkin bahagia yang kita cari bukan bersama dengan nya...seperti sibuknyer pasangan yang baru nak berkahwin membuat persediaan majlis..begitu juga dengan PENCERAIAN..liku liku jalan yang diharungi dalam menuju ke arah PENCERAIAN yang sah amat la getir..apatah lagi untuk org2 yang kurang pengetahuan tentang PENCERAIAN...naik turun mahkamah syariah..bergaduh sana sini...semua nak tunjuk ketidakpuasan hati..terasa panjang perjalanan..entah bila sampai titik noktah nya..buat masa nie..aku masih menanti..menanti untuk dilepaskan..diceraikan..terasa gerun dengan keputusan yang diambil..tapi itu yang terbaik..moga semuanya akan segera berakhir..moga semuanya akan baik baik sahaja..moga sinar bahagia akan menjelma juga...aku sgt2 berharap...

MENGHARGAI DAN DIHARGAI

Mengenali seseorang itu kadangkala akan membuatkan kita ketawa, mengenali seseorang itu juga kadangkala akan membuatkan kita mengalirkan air mata…sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa…marah, sedih, gembira, sayang dan rindu…tapi, sedarkah kita bahawa apabila kita  mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH dari Yang Maha Esa…biarpun hadirnya hanya seketika cuma dan mungkin sekadar teman berbicara…namun, bersyukurlah kita dengan kehadirannya…kerana barangkali melaluinyalah kita akan mengerti apa itu erti sebuah perhubungan…

Pertemuan yang tidak dirancang antara dua insan yang pada mulanya saling tidak mengenali akhirnya mula membibitkan rasa cinta dalam hati....perasaan itu datang tanpa disedari tanpa diundang ia hadir tanpa paksaan dengan rela hati seikhlas mungkin cuba disemai dari hari ke hari…indah sungguh rasanya bila ada yang menyayangi…terasa hidup yang sepi suatu ketika dahulu terisi dengan kehadirannya…mungkinkah doa insan ini dimakbulkan oleh Tuhan…mungkin juga…Allah swt tidak akan membiarkan hambaNya keseorangan…pasti akan ada seseorang yang diutuskan olehNya sebagai teman sepanjang hidup di dunia mahupun di akhirat kelak…setelah munculnya seseorang yang amat bermakna dalam hidup insan ini, setiap hari mukanya sentiasa terukir senyuman menandakan bahawa insan ini cukup bahagia dengan hadirnya seseorang yang berjaya mengubati luka lamanya…namun, apakah ini semua hanya sementara…adakah ini akan berkekalan hingga akhir hayat…persoalan demi persoalan menerjah di fikiran insan ini…insan ini cuba memberikan yang terbaik untuk menceriakan hari-harinya bersama dengan seseorang yang telah berjaya mencuri hatinya…adakah seseorang itu sedar akan kewujudan insan ini dalam hidupnya???lumrah kehidupan sesebuah perhubungan itu pasti ada pasang surutnya tidak terkecualilah dengan kehidupan insan ini dengan seseorang itu…sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi dengan perhubungan mereka berdua…pernah suatu hari ukhwah yang terjalin ini hampir musnah dan berkecai disebabkan oleh hal yang sangat kecil…kerana gagal mengawal emosi, keduanya tidak mahu mengalah dan saling mempertahankan prinsip masing-masing…walaupun sama-sama terluka, insan ini dan seseorang itu harus menerima kenyataan bahawa hubungan yang terjalin ini sudah menemui jalan buntu dan sudah tiada keserasian apa guna jika diteruskan lagi…hati insan ini meronta-ronta menyatakan tidak kerana terlalu sayang akan seseorang itu…hadirnya seseorang itu dalam hidup insan ini cukup bermakna, tidak diduga tidak juga diundang namun pemergiannya tiada siapa yang merelakan…ukhwah yang dibina ini tidak boleh terhenti di sini…masakan mahu pisang berbuah dua kali…cukuplah hati insan ini pernah terluka walaupun ia hampir sembuh dengan kehadiran seseorang itu, namun parutnya masih kekal ada di situ…jangan biarkan luka lama berjangkit kembali…alhamdulillah…syukur kerana perhubungan insan ini dengan seseorang itu masih dapat diselamatkan…kepada seseorang itu, ketahuilah bahawa insan ini amat menyayangi dirimu…sekali insan ini jatuh cinta, selamanya seseorang itu terpahat di hati…

Begitulah antara kisah cinta yang dipaparkan oleh insan ini dengan seseorang itu…cinta tidak akan datang kalau tak dicari…cinta itu tidak akan dapat kalau tak memberi…cinta itu datang tanpa kita sedari…cinta itu pergi tanpa rela hati…tatkala cinta itu datang, tiada siapa dapat menghalangnya…indahnya cinta jika bersulam dengan keikhlasan, moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya cinta jika berkekalan sampai bila-bila…cintailah seseorang itu sekadar sahaja, kemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika…dan bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika…cinta itu suci tetapi ianya agak tragis…oleh itu, lebih wajarlah menerima orang yang mencintaimu dari menyerahkan cinta pada yang tidak tahu menghargainya…

Cukup bermakna kata-kata tersebut…sepanjang hidup, kita akan berjumpa dengan manusia pelbagai ragam…jika bernasib baik, kita akan berjumpa dengan insan yang baik budi pekertinya, baik akhlaknya, lembut tutur katanya…pendek kata, kelihatan sempurna di mata kita walaupun tidak ada seorangpun insan yang sempurna di dunia ini….disebalik kesempurnaan itu pasti ada kekurangannya…kadangkala juga kita mungkin dipertemukan dengan insan yang salah…namun, anggap saja itu semua pengalaman paling berharga yang tidak akan diperoleh di mana-mana sekalipun…apa yang cuba saya sampaikan di sini…bukanlah untuk merungkaikan tentang hakikat sifat manusia, tetapi lebih daripada itu…menghargai dan dihargai…walau apa jenis manusia dengan pelbagai sifat serta karenah yang kita jumpa, kita perlu menghargai detik-detik dan kenangan bersamanya…kerana kenangan itu tidak akan berulang lagi buat kali kedua…

Manusia…kadangkala lupa dan alpa untuk menghargai seseorang yang ada disampingnya…seseorang yang selalu menceriakan hidupnya…seseorang yang selalu mengambil berat akan dirinya…seseorang yang selalu ada untuk menemani dikala suka dan dukanya…tetapi, apabila manusia itu kehilangan seseorang itu, manusia itu akan menangis…dan akan merindui seseorang itu sangat-sangat…jadi, sebagai seorang insan yang bergelar manusia, hargailah seseorang itu….sebelum manusia itu sendiri tidak akan dapat lihat, sentuh, nampak, rasa dan sayang seseorang itu lagi…kerana… manusia itu tidak tahu keadaan sebenar seseorang itu…dan, manusia itu juga tidak pernah tahu setinggi mana kasih sayang seseorang itu padanya…sebagaimana, harapan manusia itu untuk disayangi dari seseorang itu…

Kadangkala kita tidak menyedari orang yang kita benci itu kita akan sayang suatu hari nanti…kadangkala kita tidak perasan yang kenakalannya akan membuatkan kita rindu padanya…kadangkala juga kita tidak sedar orang yang buat kita marah itu adalah penyeri hidup…begitulah manusia…dah terhantuk baru nak tergadah…lalai dan leka dengan dunia yang dicipta sendiri…sehingga lupa pada insan-insan terdekat yang masih ada…hargai mereka yang menyayangi kita…Bila satu pintu kebahagiaan tertutup, banyak pintu kebahagiaan yang lain masih terbuka...tetapi, mengapa berdiri terlalu lama di pintu yang tertutup…sedangkan, pintu kebahagiaan yang lain dibiarkan terbuka…usah biarkan diri kita terus diselubungi kesedihan dek kerana sikap segelintir insan yang pentingkan diri sendiri…insan yang sangat kaya dengan ego yang akhirnya akan menjerat dirinya…insan yang tidak tahu menghargai apa yang ada di depan mata…

Dalam kehidupan kita, Tuhan hanya memberi satu sahaja peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang benar-benar menyayangi kita…jika kita leka kita akan kehilangannya…tapi kita tidak pernah sedar dengan kehadirannya sedangkan kita sendiri tidak pernah menilai dan menyedari dirinya…setelah segalanya berlalu dan kita mula sedar akan kehadirannya mungkin pada saat itu tidak ada lagi peluang untuk bersamanya…jadi, hargai dan sayangilah selagi dia masih bersama…

Hidup mestilah dipenuhi dengan dugaan dan rintangan, barulah hidup ini menarik untuk diteruskan walaupun kadangkala ia menyakitkan…kerana dengan itu semua kita akan menjadi lebih tabah dan sabar untuk meneruskan kehidupan ini…Sesebuah perkenalan itu wujud tanpa diduga…bukan satu jalan yang ditulis tetapi takdir yang telah menetapkannya walaupun kita suka ataupun tidak…jadi, ambilkan ia sebagai satu kesempatan untuk kita bersama kerana kita tidak tahu sejauh mana perjalanan hidup ini…

Manis itu racun pahit itu penawar…setiap kemanisan itu hanya memberi sekejap sahaja kehidupan dan memberi banyak kedukaan…tapi, setiap kepahitan itu memberi seribu satu kegembiraan yang tiada tolak bandingnya… Indahnya bahasa bila ia dilahirkan dari hati dan cantiknya rupa bila ia dilihat dari budi bahasa tapi sayangnya semua itu susah untuk dicari…oleh itu, jadikanlah diri untuk menerima dan diterima dengan seikhlasnya…Kekesalan itu kadangkala mengajar diri kita supaya lebih menghargai apa yang ada di depan mata…oleh itu, jangan kita berasa terlalu kecewa atau menyalahkan takdir kerana semuanya sudah tertulis dalam Qada’ dan Qadar…bak kata bidalan yang manis jangan terus ditelan dan yang pahit jangan terus dibuang…