COPY from SINAR HARIAN..
Bangkitlah Selepas Bercerai: Mengapa Ramai Pasangan Muda Bercerai?
22 November 2012
Berdasarkan statistik perceraian daripada pihak berwajib, majoriti pasangan yang bercerai terdiri daripada mereka yang berusia di bawah 30 tahun.
Justeru, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa keadaan ini menunjukkan nilai institusi rumah tangga yang dibina oleh anak muda kini kurang dihargai berbanding generasi ibu bapa kita... dahulu.
Sudah kerap kali kita diuar-uarkan dengan berita tentang pasangan yang berkahwin penuh meriah, adat istiadat, persandingan yang bagaikan raja, hantaran dan belanja perkahwinan berjumlah puluhan ribu akhirnya berakhir di tengah jalan sekalipun tempoh perkahwinan belum pun mencecah 10 tahun.
Sukar untuk menjawab secara pasti apakah sebab utama perceraian generasi muda ini. Tetapi secara keseluruhan, (berdasarkan lima tahun pengalaman berhubung dengan masyarakat melalui soal jawab agama serta khidmat nasihat) saya boleh menyimpulkan secara peribadi bahawa punca utama perceraian ini bukan disebabkan oleh faktor luaran, tetapi ia lebih kepada faktor dalaman dan kelemahan yang ada pada diri mereka sendiri.

1. Anak Muda Kurang Bertanggungjawab
Ramai ibu bapa dan golongan tua pasti bersetuju jika saya mengatakan bahawa majoriti generasi muda hari ini kurang memiliki sifat serta peribadi yang bertanggungjawab. Sikap mementingkan diri sendiri dan individualistik semakin berkembang di bandar-bandar besar, bermula sejak bangku sekolah sehinggalah zaman universiti serta alam pekerjaan.
Anak muda kita disemai dengan budaya persaingan antara satu sama lain. Natijahnya, persaingan ini mem-bentuk peribadi ‘keakuan’ yang tersangat tinggi di kalangan mereka. Ramai yang gagal memiliki perasaan dan sikap simpati juga empati terhadap orang lain, apatah lagi prihatin serta bertanggungjawab dalam kehidupan.
Usah berbicara soal membuang sampah merata-rata, beratur ketika menaiki bas atau berbahasa sopan. Di dalam bas atau keretapi pun, berapa ramai yang peduli untuk memberikan tempat duduk kepada orang tua dan wanita mengandung?
Berbuat baik di kalangan remaja dan anak muda akan dianggap sebagai pelik serta memalukan. Tidak kurang ada yang menganggap baik, berbudi bahasa serta sopan itu sebagai lemah, nerdatau lembut sehingga anak-anak lebih menyukai permainan komputer yang berbentuk ganas, jahat juga suka melanggar peraturan kerana lebih mencabar dan mahukan kebebasan diri sendiri.
Fokus mereka ialah tumpuan sentiasa untuk diri sendiri dan tidak terikat dengan belenggu tanggungjawab serta kewajipan. Inilah sebabnya mengapa perceraian kerap berlaku di kalangan generasi muda kini. Mereka lebih suka mementingkan keperluan sendiri, gagal menghargai nilai rumah tangga serta erti cinta dan sayang pasangan.
Malah, mereka lebih gemar mengambil jalan mudah dengan menyendiri dan gagal menunjukkan sifat bertanggungjawab atau gentlemanketika menghadapi masalah.
Di dalam rumah tangga, pengorbanan adalah suatu kemestian bagi setiap pasangan untuk memastikan keutuhan keluarga yang telah dibina. Namun, apabila tonggak rumah tangga yang satu ini gagal dilakukan oleh salah seorang pasangan, maka jadilah institusi keluarga itu ibarat retak menanti rebah.
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah pernah bersabda:

Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan ditanyai akan mengenai apa yang kamu pimpin.- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Kepimpinan keluarga itu terletak di tangan suami yang menjadi ketua keluarga dan pemimpin dalam rumah tangga. Oleh itu, apabila generasi muda kita tidak memiliki sifat tanggungjawab dan kepimpinan yang baik, jadi bagaimana huru-hara rumah tangga dapat dielakkan?
Sikap lepas tangan dan gagal bertanggungjawab di atas apa yang dilakukan atau tidak berusaha memperbaiki keadaan menjadi faktor utama kepada perceraian yang berlaku. Apabila wujud masalah, semua pihak baik isteri ataupun suami ingin segera mengambil cara mudah dan tidak mahu berkorban atau menyusahkan diri bagi mencari jalan perdamaian.
Perceraian menjadi pilihan popular kerana kita menganggap setelah masing-masing memulakan hidup baru, maka semuanya akan selesai. Bagi menyedapkan hati, kita menganggap bahawa apa yang berlaku adalah kesilapan pihak lain, lalu mahu segera menamatkan cerita serta mengharapkan kehidupan lebih baik selepas bercerai.
Apa jaminan kita bahawa masalah yang sama tidak akan berulang?
Sikap dan peribadi masih sama, tidak kira dengan siapa mereka berkahwin nanti. Masalah serta perangai buruk yang tidak diubah itu pasti menghantui kehidupan berumah tangga kita dengan kurangnya sifat tanggungjawab dan pengorbanan.

2. Dahulu... Ia Diwarnai Rasa Tanggungjawab dan Pengorbanan
Jika membaca kisah-kisah rumah tangga zaman dahulu kala, kita akan terpegun apabila mendapati cerita-cerita yang dipaparkan bukanlah berupa dongeng moden berbentuk khayalan yang mempesona seperti berbulan madu di tasik biru atau bercuti di hotel mewah di tepi pantai.
Seawal usia belasan tahun, ibu bapa kita telah pun berkahwin.Namun pada seusia itu, mereka mampu membina rumah, mengusahakan sawah padi dan mencari rotan atau kayu api dengan riang serta melalui kudrat sendiri.
Telah menjadi adat dan tradisi dalam kehidupan orang lama bahawa sekiranya seseorang itu mahu berkahwin, maka lelaki tersebut perlu menyediakan seekor lembu bagi dijamu kepada para tetamu ketika kenduri kahwin nanti. Ibu bapa mengukur kelayakan calon menantu dengan kemampuannya untuk menyara hidup anak perempuan mereka melalui kemahiran serta kerajinan untuk mencari rezeki dan membina kehidupan.
Setelah berkahwin, pasangan orang tua kita dahulu perlu berdikari dengan membina kehidupan mereka di tempat baru. Aktiviti seperti bercucuk tanam dan menternak binatang diusahakan sebagai punca rezeki bagi menjalani kehidupan yang penuh dengan kesukaran. Namun, kebahagiaan tetap dikecapi bersama disebabkan wujud sikap saling memahami dan bantu membantu.
Susah senang dilalui bersama. Demikianlah kehidupan orang tua kita dahulu. Bukannya tiada masalah dalam kehidupan mereka. Bukan juga tiada kesusahan ketika menjalani kehidupan seharian. Tetapi, semuanya itu dihadapi dengan tabah dan penuh rasa tanggungjawab. Pengorbanan dibuat demi memastikan kebahagiaan rumah tangga dan kelangsungan hidup isteri serta anak-anak.
Bapa sanggup tidak makan kerana mahu melihat anak-anaknya kenyang. Ibu sanggup berpuasa kerana mahu menjimatkan bekalan air dan makanan yang ada di rumah. Semuanya demi melihat insan yang dikasihi dapat menikmati kebahagiaan. Itulah namanya kasih sayang yang menjadi pengikat kepada keutuhan sesebuah institusi rumah tangga yang dibina.
Telah diriwayatkan oleh Aishah bahawa baginda bersabda:

Sesiapa yang memelihara anak-anak perempuan dan menjaga mereka dengan baik, maka mereka akan menjadi pelindung untuk dirinya daripada api neraka. - Hadis riwayat Bukhari no. 5649 dan Muslim no. 2629
Sayangnya... pada hari ini, masyarakat kita telah berubah 3600. Kita menjadi lebih mementingkan diri sendiri. Ibu bapa yang sepatutnya berkorban untuk anak-anak telah pun bertukar peranannya. Mereka kini rela mengorbankan anak-anak demi kepentingan diri sendiri.
Perkara ini pernah ditimbulkan oleh seorang gadis yang mengadu kepada mufti Mekah. Dia mengatakan bahawa bapanya telah melarangnya berkahwin hanya kerana mahu menikmati hasil pendapatannya.
Syeikh Muhammad Soleh al-Utsaimin mengeluarkan fatwanya dalam Kitab Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram bahawa adalah berdosa dan haram hukumnya kepada ibu bapa yang enggan menikahkan anak gadis mereka kerana mahu mendapat manfaat daripada gaji anaknya itu.
Ibu bapa ditaati hanya dalam hal yang membawa manfaat kepada agama. Ini kerana, ALLAH menyuruh kita mentaati mereka dengan tujuan untuk mendapat keredhaan, bukan menjauhkan kita daripada-NYA:

Dan KAMI wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua ibu bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutu-kan AKU dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepadaKU kembalimu, lalu AKU akan mengkhabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. - Surah al-Ankabut: 8
Tiada pahala dalam menggembirakan hati ibu bapa jika perbuatan tersebut menjauhkan anak-anak daripada agama.
3. Gopoh dan Terburu-buru
Pepatah Melayu ada menyebut, ‘ibarat menarik rambut dalam tepung’ iaitu melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan mestilah dengan penuh berhati-hati. Malangnya, anak-anak muda yang sudah berkahwin gagal untuk menghayati peribahasa berharga nenek moyang kita ini.
Perselisihan faham di dalam rumah tangga semestinya suatu yang lumrah. Bohonglah sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak pernah bergaduh atau berselisih faham dengan pasangannya. Nabi Muhammad sendiri, bahkan para rasul terdahulu dan sahabat baginda yang terdiri di kalangan insan yang mulia lagi bertakwa pun pernah mengalami masalah rumah tangga. Inikan pula kita... insan biasa.
Hanya yang membezakan di antara mereka dengan kita ialah cara atau sikap masing-masing di dalam menghadapi sesuatu masalah. Kebanyakan perceraian di kalangan golongan muda hari ini adalah berpunca daripada pergaduhan atau perselisihan yang tercetus di dalam rumah tangga.
Ada sahaja perkara yang dipertengkarkan, baik berkenaan gaji, menjaga anak, campur tangan ibu bapa, kekurangan yang wujud pada diri pasangan, soal pekerjaan atau kerana berlaku kesilapan dan salah faham akibat komunikasi yang tidak jelas.
Ya, sikap anak-anak muda di dalam menangani perselisihan rumah tangga adalah sangat tidak efektif. Mereka gopoh, tidak sabar, suka bersangka buruk serta membuat pelbagai andaian negatif dan tuduhan melulu tanpa mengkaji terlebih dahulu punca sesuatu masalah.
Lebih menghairankan, kebanyakannya memiliki ijazah dan pelbagai sijil profesional sewaktu mendirikan rumah tangga. Sebahagiannya bekerja di syarikat besar sebagai pengurus atau pengendali operasi perniagaan yang penting. Tetapi, apabila melibatkan isu-isu rumah tangga, mengapa mereka gagal mengendalikannya secara baik dan bijaksana?
Ke mana perginya kemahiran mereka di dalam menguruskan konflik? Ke mana hilangnya kepandaian mereka di dalam menyelesaikan masalah atau menguruskan perselisihan? Jika di pejabat, mereka mampu meng-atur strategi bijak bagi mengelak kerugian syarikat sewaktu gawat dan menyelesaikan sebarang konflik, perselisihan atau ketidakpuasan hati pelanggan. Tetapi, mengapa kemahiran mereka ini tidak digunakan bagi menangani sebarang masalah rumah tangga yang timbul?
Realitinya, golongan profesional inilah yang paling banyak mencari bantuan luar seperti bomoh, dukun, pawang dan pelbagai cara yang tidak sewajarnya bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. Saya dimaklumkan bahawa seorang pengurus besar di sebuah syarikat kosmetik terkemuka kerap kali bertemu bomoh bagi mendapatkan air ubat dan jampi untuk memulihkan rumah tangganya yang bergolak.
Sesungguhnya perbuatan tersebut sangatlah ditegah oleh agama dan Islam melarang sebarang usaha ke arah ini. Telah diriwayatkan daripada Muawiyah bin Hakam al-Sulami yang berkata:

Aku telah bertanya Nabi mengenai perbuatan kami pada masa jahiliah yang selalu mendatangi dukun dan bomoh bagi meminta nasihat dan menyelesaikan masalah. Maka bersabdalah Nabi: “Dan janganlah lagi kamu mendatangi dukun (termasuk bomoh).” - Hadis sahihriwayat Muslim dalam Kitab Minhaj Syarah Sahih Muslimoleh Nawawi, jil. 14, no 5774, Ahmad, jil. 7, no. 24166
Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin Aishah ketika beliau bertanya kepada baginda perihal bomoh dan dukun yang kadang-kadang memberitahu sesuatu yang ternyata benar. Baginda pun bersabda:
Itu ialah kalimah (khabar) yang benar yang dicuri oleh jin (termasuk syaitan) lalu membisikkannya ke telinga tuannya sambil mencampuri bersamanya 100 pembohongan.- Hadis sahih disepakati oleh Bukhari no. 5762 dan Muslim no. 2228.
Sebenarnya, kita kerap kali terkeliru dan disesatkan oleh syaitan sehingga gagal melihat dengan pandangan yang terang. Masalah yang timbul sewaktu pergaduhan atau perselisihan itu boleh dikatakan semuanya dapat dilenyapkan oleh ketenangan, kesabaran, perbincangan yang baik serta niat dan ketulusan kasih sayang antara suami isteri.
Joseph Moses Juran, seorang pakar pengurusan yang mempopularkan Prinsip Pareto telah menyebut bahawa setiap masalah yang menimpa seseorang biasanya berlaku hanya disebabkan oleh 20% masalah sebenar atau disebut sebagai masalah pokok. 20% inilah sebenarnya yang menjadi punca masalah. Manakala 80% lagi adalah masalah yang timbul akibat kesan daripada masalah pokok tadi.
Prinsip ini menekankan konsep 80-20 dan seharusnya diaplikasikan dalam kehidupan berumah tangga. Jika kita mengambil langkah berhati-hati dan bersikap tenang sewaktu menghadapi krisis, diyakini banyak masalah akan dapat dielak. Malah, kita akan mampu untuk mengawal pergaduhan tersebut serta memiliki keupayaan bagi memulihkan hubungan yang keruh.
Sewaktu pergaduhan atau pertengkaran, ramai pasanganhilang kestabilan emosi, kurang waras atau berasa tidak tenang. Ini disebabkan oleh pengaruh perasaan sedih yang kerap kali gopoh dan gelojoh untuk membuat keputusan. Inilah punca dan penyebab masalah yang sebenar. Inilah juga yang menjadi penyebab perceraian, bukannya faktor asal pergaduhan tadi, baik isu kasih sayang, soal anak ataupun campur tangan ahli keluarga.
Sebaliknya, ia adalah kerana sikap kita sendiri.
Seorang isteri mengadu kepada saya bahawa lelaki yang dikahwininya gagal berperanan sebagai suami yang baik kerana tidak suka pulang ke rumah dan jarang menghabiskan masa bersama keluarga.
Diceritakan bahawa suaminya itu seorang yang suka melepak di rumah kawan-kawan bujangnya. Suaminya juga gemar menghabiskan masa senggang bersama rakan berbanding dengan isteri dan anak-anak.
Itulah masalah utama yang ditimbulkan oleh isteri tersebut.
Kemudian masalah-masalah lain turut diungkitkan seperti soal nafkah batin, isu jaga anak, suami buat tidak peduli soal makan minum keluarga yang tidak mencukupi dan pelbagai lagi. Si isteri kemudian meminta pendapat saya berkenaan hasratnya untuk meminta cerai.
Alasannya mudah. Suaminya sekarang disifatkan sebagai gagal. Tujuannya satu, dia mahu mencari lelaki lebih baik yang disifatkan sebagai ‘lebih beragama’ untuk menjadi suaminya.
Saya kemudian menegurnya...
Saya mengatakan bahawa isu dan pokok masalah di sini bukanlah kerana agama atau disebabkan suami itu seorang yang jahil. Ramai ustaz dan ustazah muda yang bernikah di Al-Azhar sewaktu belajar dahulu pun bergaduh dan akhirnya bercerai akibat pergaduhan.
Masalah ini tidaklah sebegitu mudah untuk diselesaikan dengan hanya saya berjumpa atau menghubungi si suami dan menasihatinya soal hukum-hakam agama serta mengharapkan dia berubah lalu melayani isterinya dengan baik pada keesokan hari.
Saya menyatakan bahawa sikap dan kasih sayang yang pudar menjadi faktor utama masalah dalam rumah tangga mereka. Pada mulanya dia enggan mempercayainya kerana mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Tambahnya, mereka telah saling mengenali serta bercinta sebelum pernikahan itu lagi.
Lantas saya pun membalas...
Dahulu... sewaktu zaman bercinta memanglah mereka saling kasih mengasihi. Ini kerana cinta mereka itu digerakkan oleh pelbagai aktiviti seperti berdating, saling memberi hadiah, bergayut siang dan malam melalui telefon, ke sana ke mari dan bermacam-macam lagi perkara yang dilakukan bersama... hanya kerana cinta. Pudarnya perasaan cinta adalah disebabkan ketiadaan aktiviti berkasih sayang yang berterusan dibuat setelah berkahwin.
Cinta tidak boleh wujud dengan sendirinya tanpa dijana oleh sesuatu. Sesuatu itu pula boleh jadi melalui pemberian hadiah, mengingati tarikh penting atau menghargai pasangan dengan menghubungi di antara satu sama lain sekerap mungkin dan pelbagai lagi aktiviti bermanfaat.
Selepas berkahwin, aktiviti yang boleh menjana dan menjadi bahan bakar kepada cinta tidak lagi dilakukan. Perkara ini akhirnya akan menyebabkan cinta itu menjadi semakin pudar. Masing-masing akan merasakan yang diri mereka menjadi asing kepada satu sama lain. Pada waktu inilah suami mahupun isteri lebih suka mengadu masalah kepada pihak ketiga berbanding pasangan sendiri.
Isteri atau suami tidak lagi menjadi teman rapat yang dirujuk setiap waktu. Keadaan ini berlaku kerana masing-masing sudah tersilap langkah apabila menjadikan status wanita sebagai ‘isteri’ dan kedudukan lelaki sebagai ‘suami’ sebagai punca perpisahan. Padahal dahulunya hati dan jiwa mereka itu adalah satu.
Sebelum berkahwin, pasangan lelaki dan wanita itu ‘memiliki’ satu hati dan bernafas melalui nafas yang sama. Tetapi, menjelang pernikahan, masing-masing mula menganggap bahawa tugasan sebagai suami atau isteri itu akan menyebabkan mereka berbeza kerana kewajipan yang berlainan. Dahulunya... apa sahaja kerja atau tugas si gadis, pastilah akan dilakukan bersama oleh lelaki tersebut. Begitu jugalah sebaliknya...
Setelah berkahwin, masing-masing tidak lagi bekerjasama. Setiap orang hanya menunaikan kewajipannya sahaja. Jika pun melihat pasangannya tidak menunaikan kewajipan, maka dia tidak pula menghulurkan tangan untuk membantu. Apa yang berlaku hanyalah menyalahkan pasangannya itu kerana berasa tidak adil diperlakukan sebegitu.
Sebelum berkahwin, perkataan ‘awak tak adil’ tidak pernah muncul. Tetapi setelah berkahwin, perkataan inilah yang paling kerap diucap apabila merasakan pasangannya tidak menyumbang kepada rumah tangga sebanyak dirinya.
Ini persoalan sikap. Masalah sebenarnya lebih berbalik kepada isu kasih sayang yang sudah semakin pudar di antara dua insan. Jika tanggungjawab dalam rumah tangga dapat disamakan dengan kereta, maka minyak yang menjadi bahan bakarnya itulah kesedaran dan keinsafan.
Kudrat dan tulang empat kerat itulah yang akan bergerak untuk memikul tanggungjawab yang diletakkan di atas bahunya. Itupun jika sudah memiliki kesedaran dan keinsafan akan kewajipan yang perlu dilakukan.
Masyarakat Eropah begitu menjaga kebersihan tandas awam dan persekitaran bandar disebabkan mereka memiliki kesedaran serta keinsafan mengenai kepentingan menjaga kebersihan. Sikap ini tiada kaitan langsung dengan isu kepandaian atau kejahilan seseorang terhadap agama. Ia hanyalah kesedaran diri.
Agama datang untuk membawa kita menuju ALLAH dan memandu kita di dalam kehidupan. Kita hanya kembali kepada ALLAH dan agama apabila mereka mempunyai kesedaran. Lalu, kesedaran itu datangnya daripada mana? Jawapannya ialah ALLAH.
Kesedaran itu ialah hidayah serta kebaikan yang diberikan oleh ALLAH kepada kita melalui jalan-jalan tertentu seperti pengalaman hidup, pemerhatian, keinsafan dan berfikir tentang kehidupan.
ALLAH menceritakan:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta silih bergantinya malam dan siang itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Wahai TUHAN kami. Tiadalah ENGKAU menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci ENGKAU, maka peliharalah kami daripada seksa api neraka.”- Surah ali-Imran: 190-191
* Nak g cari buku nie kat MPH lar...dah setahun x bangkit2 lagi nie..huhu
No comments:
Post a Comment
Sile lah Jgn Malu Untuk Mengomen, hehe