Mengenali seseorang itu kadangkala akan membuatkan kita ketawa, mengenali seseorang itu juga kadangkala akan membuatkan kita mengalirkan air mata…sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa…marah, sedih, gembira, sayang dan rindu…tapi, sedarkah kita bahawa apabila kita mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH dari Yang Maha Esa…biarpun hadirnya hanya seketika cuma dan mungkin sekadar teman berbicara…namun, bersyukurlah kita dengan kehadirannya…kerana barangkali melaluinyalah kita akan mengerti apa itu erti sebuah perhubungan…
Pertemuan yang tidak dirancang antara dua insan yang pada mulanya saling tidak mengenali akhirnya mula membibitkan rasa cinta dalam hati....perasaan itu datang tanpa disedari tanpa diundang ia hadir tanpa paksaan dengan rela hati seikhlas mungkin cuba disemai dari hari ke hari…indah sungguh rasanya bila ada yang menyayangi…terasa hidup yang sepi suatu ketika dahulu terisi dengan kehadirannya…mungkinkah doa insan ini dimakbulkan oleh Tuhan…mungkin juga…Allah swt tidak akan membiarkan hambaNya keseorangan…pasti akan ada seseorang yang diutuskan olehNya sebagai teman sepanjang hidup di dunia mahupun di akhirat kelak…setelah munculnya seseorang yang amat bermakna dalam hidup insan ini, setiap hari mukanya sentiasa terukir senyuman menandakan bahawa insan ini cukup bahagia dengan hadirnya seseorang yang berjaya mengubati luka lamanya…namun, apakah ini semua hanya sementara…adakah ini akan berkekalan hingga akhir hayat…persoalan demi persoalan menerjah di fikiran insan ini…insan ini cuba memberikan yang terbaik untuk menceriakan hari-harinya bersama dengan seseorang yang telah berjaya mencuri hatinya…adakah seseorang itu sedar akan kewujudan insan ini dalam hidupnya???lumrah kehidupan sesebuah perhubungan itu pasti ada pasang surutnya tidak terkecualilah dengan kehidupan insan ini dengan seseorang itu…sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi dengan perhubungan mereka berdua…pernah suatu hari ukhwah yang terjalin ini hampir musnah dan berkecai disebabkan oleh hal yang sangat kecil…kerana gagal mengawal emosi, keduanya tidak mahu mengalah dan saling mempertahankan prinsip masing-masing…walaupun sama-sama terluka, insan ini dan seseorang itu harus menerima kenyataan bahawa hubungan yang terjalin ini sudah menemui jalan buntu dan sudah tiada keserasian apa guna jika diteruskan lagi…hati insan ini meronta-ronta menyatakan tidak kerana terlalu sayang akan seseorang itu…hadirnya seseorang itu dalam hidup insan ini cukup bermakna, tidak diduga tidak juga diundang namun pemergiannya tiada siapa yang merelakan…ukhwah yang dibina ini tidak boleh terhenti di sini…masakan mahu pisang berbuah dua kali…cukuplah hati insan ini pernah terluka walaupun ia hampir sembuh dengan kehadiran seseorang itu, namun parutnya masih kekal ada di situ…jangan biarkan luka lama berjangkit kembali…alhamdulillah…syukur kerana perhubungan insan ini dengan seseorang itu masih dapat diselamatkan…kepada seseorang itu, ketahuilah bahawa insan ini amat menyayangi dirimu…sekali insan ini jatuh cinta, selamanya seseorang itu terpahat di hati…
Begitulah antara kisah cinta yang dipaparkan oleh insan ini dengan seseorang itu…cinta tidak akan datang kalau tak dicari…cinta itu tidak akan dapat kalau tak memberi…cinta itu datang tanpa kita sedari…cinta itu pergi tanpa rela hati…tatkala cinta itu datang, tiada siapa dapat menghalangnya…indahnya cinta jika bersulam dengan keikhlasan, moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya cinta jika berkekalan sampai bila-bila…cintailah seseorang itu sekadar sahaja, kemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika…dan bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika…cinta itu suci tetapi ianya agak tragis…oleh itu, lebih wajarlah menerima orang yang mencintaimu dari menyerahkan cinta pada yang tidak tahu menghargainya…
Cukup bermakna kata-kata tersebut…sepanjang hidup, kita akan berjumpa dengan manusia pelbagai ragam…jika bernasib baik, kita akan berjumpa dengan insan yang baik budi pekertinya, baik akhlaknya, lembut tutur katanya…pendek kata, kelihatan sempurna di mata kita walaupun tidak ada seorangpun insan yang sempurna di dunia ini….disebalik kesempurnaan itu pasti ada kekurangannya…kadangkala juga kita mungkin dipertemukan dengan insan yang salah…namun, anggap saja itu semua pengalaman paling berharga yang tidak akan diperoleh di mana-mana sekalipun…apa yang cuba saya sampaikan di sini…bukanlah untuk merungkaikan tentang hakikat sifat manusia, tetapi lebih daripada itu…menghargai dan dihargai…walau apa jenis manusia dengan pelbagai sifat serta karenah yang kita jumpa, kita perlu menghargai detik-detik dan kenangan bersamanya…kerana kenangan itu tidak akan berulang lagi buat kali kedua…
Manusia…kadangkala lupa dan alpa untuk menghargai seseorang yang ada disampingnya…seseorang yang selalu menceriakan hidupnya…seseorang yang selalu mengambil berat akan dirinya…seseorang yang selalu ada untuk menemani dikala suka dan dukanya…tetapi, apabila manusia itu kehilangan seseorang itu, manusia itu akan menangis…dan akan merindui seseorang itu sangat-sangat…jadi, sebagai seorang insan yang bergelar manusia, hargailah seseorang itu….sebelum manusia itu sendiri tidak akan dapat lihat, sentuh, nampak, rasa dan sayang seseorang itu lagi…kerana… manusia itu tidak tahu keadaan sebenar seseorang itu…dan, manusia itu juga tidak pernah tahu setinggi mana kasih sayang seseorang itu padanya…sebagaimana, harapan manusia itu untuk disayangi dari seseorang itu…
Kadangkala kita tidak menyedari orang yang kita benci itu kita akan sayang suatu hari nanti…kadangkala kita tidak perasan yang kenakalannya akan membuatkan kita rindu padanya…kadangkala juga kita tidak sedar orang yang buat kita marah itu adalah penyeri hidup…begitulah manusia…dah terhantuk baru nak tergadah…lalai dan leka dengan dunia yang dicipta sendiri…sehingga lupa pada insan-insan terdekat yang masih ada…hargai mereka yang menyayangi kita…Bila satu pintu kebahagiaan tertutup, banyak pintu kebahagiaan yang lain masih terbuka...tetapi, mengapa berdiri terlalu lama di pintu yang tertutup…sedangkan, pintu kebahagiaan yang lain dibiarkan terbuka…usah biarkan diri kita terus diselubungi kesedihan dek kerana sikap segelintir insan yang pentingkan diri sendiri…insan yang sangat kaya dengan ego yang akhirnya akan menjerat dirinya…insan yang tidak tahu menghargai apa yang ada di depan mata…
Dalam kehidupan kita, Tuhan hanya memberi satu sahaja peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang benar-benar menyayangi kita…jika kita leka kita akan kehilangannya…tapi kita tidak pernah sedar dengan kehadirannya sedangkan kita sendiri tidak pernah menilai dan menyedari dirinya…setelah segalanya berlalu dan kita mula sedar akan kehadirannya mungkin pada saat itu tidak ada lagi peluang untuk bersamanya…jadi, hargai dan sayangilah selagi dia masih bersama…
Hidup mestilah dipenuhi dengan dugaan dan rintangan, barulah hidup ini menarik untuk diteruskan walaupun kadangkala ia menyakitkan…kerana dengan itu semua kita akan menjadi lebih tabah dan sabar untuk meneruskan kehidupan ini…Sesebuah perkenalan itu wujud tanpa diduga…bukan satu jalan yang ditulis tetapi takdir yang telah menetapkannya walaupun kita suka ataupun tidak…jadi, ambilkan ia sebagai satu kesempatan untuk kita bersama kerana kita tidak tahu sejauh mana perjalanan hidup ini…
Manis itu racun pahit itu penawar…setiap kemanisan itu hanya memberi sekejap sahaja kehidupan dan memberi banyak kedukaan…tapi, setiap kepahitan itu memberi seribu satu kegembiraan yang tiada tolak bandingnya… Indahnya bahasa bila ia dilahirkan dari hati dan cantiknya rupa bila ia dilihat dari budi bahasa tapi sayangnya semua itu susah untuk dicari…oleh itu, jadikanlah diri untuk menerima dan diterima dengan seikhlasnya…Kekesalan itu kadangkala mengajar diri kita supaya lebih menghargai apa yang ada di depan mata…oleh itu, jangan kita berasa terlalu kecewa atau menyalahkan takdir kerana semuanya sudah tertulis dalam Qada’ dan Qadar…bak kata bidalan yang manis jangan terus ditelan dan yang pahit jangan terus dibuang…
No comments:
Post a Comment
Sile lah Jgn Malu Untuk Mengomen, hehe