Tuesday, December 18

Kes Dera

salam selasa. ari nie pepagi masa tgh drive dgr berita kat radio..budak 2 tahun mati dipercayai didera teman lelaki ibu nya..aduhhh..sedih nyer dgr..sume nie buat Eita takut jer..huhu..g opis , buka kosmo, cari berita..jum kita syer...

Budak lelaki 2 tahun mati dipercayai didera

18/12/2012 2:39am

ALOR SETAR — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya di sini semalam.
Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar meninggal dunia pada kira-kira 3.30 petang ketika mendapat rawatan di sebuah klinik. Dipercayai ada unsur penderaan berdasarkan kesan lebam pada muka dan kecederaan pada testis.
Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata dia menerima panggilan daripada anaknya, Norhafiza Osman, 25, yang memaklumkan mangsa terjatuh tangga dan dibawa ke klinik berhampiran.
Padzilah berkata dia percaya cucu pertamanya itu meninggal dunia bukan disebabkan jatuh tangga tetapi didera teman lelaki anak perempuannya yang tidak bekerja.
"Dua hari lepas, cucu saya ada telefon ibu saudaranya dan beritahu dia sering dipukul. Dia juga cakap nak balik rumah saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.
Padzilah juga berkata dia menjaga kanak-kanak itu sejak lahir lagi, dan ibu bapa mangsa berpisah ketika mangsa berusia lima bulan.
Difahamkan ibu mangsa mengambil anaknya seminggu atau dua minggu sekali sejak beberapa bulan lepas.
Ibu saudara mangsa, Norhanisha, 23, berkata dia dan ibu Muhammad Faiz, yang bekerja di sebuah kedai makan, pernah membuat laporan polis berhubung kes kanak-kanak itu didera teman lelaki ibu mangsa Ogos lepas setelah melihat kesan lebam, gigitan dan calar pada anggota badan kanak-kanak malang itu.
Jenazah Muhammad Faiz dihantar ke HSB untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Akar Peluru di sini lewat malam tadi.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar DSP V.Saravanan ketika dihubungi berkata pihaknya menunggu hasil keputusan bedah siasat, dan jika terdapat unsur dera, lelaki terbabit akan ditahan untuk siasatan lanjut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2FMbfrujB 

apa la yg budak 2 tahun tu faham..baru nak kenal dunia.dah kena seksa..sume 2 buat Eita takut jer..rasa seram lak nak berumahtangga kembali..ber mcm persoalan yang timbul..boleh ke dia jaga Sara mcm anak sendiri.?.klu kahwin lagi, Ibu hepy, anak terseksa, lebih baik la mcm nie..dua2 hepy..harap Tuhan berikan yang terbaik untuk Eita..yang terima Eita dan Sara seadanya...Aminnnnn...

No comments:

Post a Comment

Sile lah Jgn Malu Untuk Mengomen, hehe